Survey untuk anda

May 14, 2010 Leave a comment

Salam sejahtera,

Hampir sebulan kita tak berjumpa yea.

Lama juga tu. Sebenarnya, jadual saya teramat sibuk sebulan yang lepas dengan pelbagai aktiviti yang mesti saya lakukan. Oklah, saya tak mahu membuang banyak masa, untuk menjadikan blog ini lebih menarik, saya memerlukan sedikit bantuan anda untuk menjawab sedikit soalan survey yang saya lakukan.

Harap-harap saudara dan saudari dapat meluangkan masa untuk memjawab soalan yang amat mudah yang telah saya sediakan seperti dibawah.

Kepada yang telah menjawab, terima kasih saya ucapkan

Sampai Jumpa Lagi :D

Categories: Umum Tags: , ,

Debaran telah berakhir..

April 10, 2010 Leave a comment

Hai dan salamat sejahtera.

Hari ini terjawab sudah segala persoalan yang selalu mengganggu fikiran anda. Macam mana bentuk soalan, adakah cukup masa yang diberi dan suasana exam sebenar. Hari ini juga kita dapat melihat siapa yang keluar dengan hari yang sungguh lega dan gembira atau keluar dengan langkah yang lemah longlai. Kepada mereka yang yakin boleh menjawab semua soalan PTD tadi, saya ucapkan tahniah tetapi kepada yang agak ragu-ragu dengan jawapan anda semasa exam tadi, takpe..anda boleh cuba lagi pada exam yang akan datang. Jangan mudah patah semangat dan kecewa, yang penting usaha anda harus berterusan. Saya disini akan cuma memberikan tips-tips dan apa sahaja bentuk soalan yang boleh membantu anda berjaya kelak.

Saya pun tidak bercadang untuk bercakap panjang lebar. Badan saya pun masih lagi terasa penat sebab baru balik dari ambil adik di dewan exam PTD di Kepong tadi. Saya doakan semoga adik saya dan anda semua berjaya hendaknya.

p.s: saya akan cuba tanya-tanya adik saya bagaimana bentuk soalan ptd tadi. :D
p.s.s: kepada mereka yang ingin berkongsi soalan atau pengalaman menjawab exam tadi bolehlah tinggalkan komen agar semua rakan-rakan yang lain juga boleh  mendapat manfaatnya.

Sampai Jumpa lagi :D

Countdown time!

April 9, 2010 Leave a comment

Hai dan selamat sejahtera.

Cuma tinggal 1 hari sahaja lagi. Apa yang boleh saya katakan hanyalah ucapan “Semoga Berjaya” kepada calon-calon yang akan meduduki Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 pada esok hari. Esok adalah hari yang bersejarah pada diri anda kerana ia akan menentukan samada

  1. Anda LULUS atau GAGAL dalam pepreriksaan
  2. Segala usaha anda selama ini berbaloi ataupun tidak
  3. Anda berjaya menjadi pegawai kerajaan ataupun tidak

Pada malam ini pasti ada yang tidak dapat tidur lena memikirkan exam pada hari esok…hehe. Kepada mereka yang telah berusaha sebaik mungkin, saya ucapkan semoga kejayaan milik anda dan kepada yang berusaha ala kadar, anda seharusnya tahu apa yang patut anda buat untuk masa-masa kecederaan seperti ini.

Tak sabar rasanya nak lihat calon-calon pegawai baru kerajaan nanti :D . Cuma di sini, saya ingin berpesan, sekiranya anda tidak berjaya dalam peperiksaan pada kali ini, anda seharusnya tidak berasa kecewa dan sedih. Pihak SPA akan memanggil anda semula untuk menduduki peperiksaan pegawai kerajaan tersebut pada waktu yang lain. Inilah yang berlaku kepada ramai rakan-rakan saya. Ramai di antara mereka GAGAL pada kali pertama (sebab tidak buat persediaan yang mencukupi) tetapi BERYAJA dalam exam dalam kali kedua.

Read more…

Kenapa anda GAGAL…?

April 8, 2010 Leave a comment

Hai dan selamat sejahtera..

Sebab utama kebanyakan calon GAGAL adalah kerana mereka tidak hadir ke dewan peperiksaan. Ia mungkin disebabkan beberapa faktor yang menjadikan seseorang itu tidak mahu hadir ke dewan exam. Antara faktor yang dikenal pasti adalah: tidak ada persediaan, lambat bangun tidur, memang tiada minat nak duduk exam, tersesat dan macam-maca lagi. Saya selalu berpesan kepada rakan-rakan yang hendak pergi duduk exam ataupun yang hendak menghadiri temuduga, agar mereka membuat persedian yang secukupnya terlebih dahulu. Terutama yang melibatkan bahagian teknikal seperti tersesat jalan, tidak bawa slip exam, alat tulis tidak lengkap ataupun pakaian yang tidak mengikut etika. Oleh itu saya sarankan, supaya anda pastikan semua keperluan teknikal anda berada didalam tip-top agar ia tidak mengganggu konsentrasi anda nanti.

Janganlah anda jadikan masalah teknikal anda itu.menggagalkan hasrat murni anda. Anda tidak ada masa untuk semua itu. Anda harus tumpukan sepenuh perhatian anda untuk menjawab exam dengan sebaik mungkin. Ibarat anda pergi ke medan perang tanpa memakai stoking, adakah ia suatu masalah besar untuk anda sehingga anda batalkan haras untuk bertempur melawan musuh? Sudah tentu tidak kerana seorang wira tidak akan mengaku kalah sehingga ke titisan darah yang terakhir. Oleh itu nasihat saya, berjuanglah dengan menghadirkan diri ke dewan peperiksaan sebelum mengaku kalah. Good Luck!

Ok sampai disini sahaja

Sampai Jumpa lagi :D

Sekilas Coretan – Pengalaman mendewasakan kita..

April 7, 2010 Leave a comment

Hai dan selamat sejahtera..

Kepada yang telah mempunyai pengalaman menduduki exam PTD sebelum ini tetapi gagal, anda mempunyai 1001 kelebihan. Melalui pengalaman anda itu, ia pasti akan dapat membantu pada kali ini. Kelebihan yang paling ketara adalah calm atau ketenangan yang nampak jelas diraut wajah anda. Dari segi mental dan psikologi, anda sudah pun menang dan berjaya, yang tinggal hanya untuk anda realisasikan kejayaan anda itu dengan lulus dalam exam.

Anda mungkin telah dapat menduga corak soalan yang bakal keluar atau cara terbaik untuk menjawab soalan exam kelak. Sekiranya anda mempunyai pengalaman menduduki exam PTD ini, anda dialu-alukan untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain agar wujud komunikasi dua hala..

Sekian sahaja

Jumpa lagi :D

Masa Kecederaan…

April 6, 2010 14 comments

Salam dan salam sejahtera

Masa kecederaan! Itulah tajuk yang saya pilih untuk post kali ini. Pejam-celik pejam-celik dah tinggal 3 hari je lagi dah nak mula exam Pegawai Awam Gred 41. Saya beri jaminan selepas exam nanti, pasti terdapat diantara mereka yang melangkah keluar dari dewan dengan pelbagai raut wajah dan mimik muka. Ada diantara mereka: tersenyum kepuasan, tersemyun sinis, kecewa, gembira, menyesal, kusut ataupun resah. Ini semua adalah biasan atau reflection dari usaha anda selama ini.

Kepada mereka yang memberi 100 % fokus dan usaha yang berterusan, pasti mereka akan merasa suatu kepuasan selepas habis exam tetapi kepada mereka yang usaha ala kadar, pasti akan melangkah longlai keluar meninggalkan dewan peperiksaan.

Untuk memantapkan lagi usaha anda, saya telah pun menyiapkan suatu buku sample yang mengandungi soalan-soalan sample PTD. Saya berusaha untuk menyiapkan semua soalan ini adalah kerana saya ingin membantu anda dalam persediaan menduduki exam PTD nanti. Saya berasa adalah tidak adil sekiranya saya hanya memberi tunjuk ajar dan berkongsi semua soalan dan pelbagai tips dengan adik saya sahaja. Olah itu saya cuba siapkan soalan sample ini untuk anda sebagai ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini.

Read more…

Pastikan Lokasi Anda!!

April 5, 2010 Leave a comment

Hai dan selamat sejahtera.

Ape kabar anda semua? Mungkin masih ada lagi yang membaca buku terutama buku Malaysia Kita yang tebalnya beratus-ratus muka surat (tebal tue…). Almaklumlah, masa untuk peperiksaan sudah hampir tiba. Kabanyakan dari kita masih lagi membaca, mengingat dan juga menghafal beberapa point-point penting. Ada juga yang sudah fed-up, lalu meng ‘spot’ (betul ke tatabahasa aku nie?) beberapa topik atau soalan.

Pada saya, semua itu tak penting buat masa sekarang kerana terdapat perkara yang lebih penting dari itu.

Apa perkara yang penting sangat tu?

Read more…

5 Hari Lagi

April 4, 2010 12 comments

Hai dan salam sejahtera

Selamat bertemu kembali. Maaf yea. agak lama saya tidak menghantar post terbaru di dalm blog ini untuk anda baca. Saya sebenarnya agak sibuk 1 – 2 minggu nie. Maklumlah, selain dihimpit dengan beban tugas yang banyak, saya juga dengan sukarela menjadi ‘GURU’ kepada adik saya untuk mengajar pelbagai tips-tips dan cara mudah supaya dia LULUS di dalam Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. HORREY...Adik saya pun dapat panggilan dari SPA. Oh ya, saya yakin anda pasti juga mendapat surat panggilan dari pihak SPA bukan?

Untuk pengetahuan anda bermula pada tahun 2010, semua jawatan yang anda mohon dengan menggunakan kouta ijazah dan keatas akan di kumpul dan dikenali sebagai  Perkhidmatan Awam Gred 41. Tidak kira samada anda memohon Pegawai PTD, Penguasa kastam, Akauntan, Jurubahasa, Pustakawan ataupun Pegawai antidadah, anda akan dikenali di bawah skim  Perkhidmatan Awam Gred 41. Terdapat pembaharuan yang dibuat oleh Pihak SPA didalam peperiksaan nanti iaitu terdapat dua ujian tambahan: Sahsiah Diri (200 soalan) dan Minat (227 soalan). Kepada mereka yang pernah terlibat secara aktif dalam bidang kaunseling seperti saya, soalan tambahan seperti Sahsiah Diri dan Minat adalah kelebihan buat anda. Gunakan kelebihan anda itu!… :D

Read more…

Internet, Majalah, TV dan Surat Khabar?

March 21, 2010 Leave a comment

Hai dan salam sejahtera..

Selamat berjumpa sekali lagi. Saya berharap anda berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang topik – internet, majalah, tv dan surat khabar?

Ada apa dengan – internet, majalah, radio, tv dan surat khabar?. Kelima-lima medium tersebut sangat berpengaruh dan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tahukah anda dengan mengunakan medium tersebut dengan betul, ia bakal memberi kesan kepada keputusan peperiksaan seseorang?

Ya, keputusan anda sangat berkait rapat dengan “cara anda menggunakan media massa” tersebut. Dalam konteks anda yang akan menghadapi peperiksaan PTD, media massa ibarat rakan karib anda sekarang. Dengan media massa, anda akan mengetahui apa yang berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku di Malaysia. Kenapa Malaysia? Ya, anda mesti tahu apa yang berlaku di Malaysia kerana kebanyakan soalan yang akan ditanya di dalam peperiksaan PTD kelak adalah berkait rapat dengan negara Malaysia.

Read more…

Apakah matlamat temu duga?

March 18, 2010 Leave a comment

Hai dan selamat sejahtera…

Sering kali kita pasti mengeluh sebelum temuduga di adakan. Keluhan itu kadang-kala datang dari perasaan gemuruh, takut, cemas, panik dan lain lagi. Ada juga yang beranggapan sesi temuduga diadakan semata-mata untuk memenuhi krateria (betul ke saya eja nie) pengambilan kerja, tetapi sebenarnya mereka (penemuduga) telah pun ada senarai calon yang mereka mahu. Ermm…saya sendiri pun susah nak komen dan meng’iya’kan ataupun menidakkan. Yang pasti setiap dari kita mempunyai penilaian kita sendiri.

Sebenarnya, di sini, saya bukannya hendak membincangkan perspektif, pandangan mahupun sikap penemuduga tetapi saya mahu berkongsi pengetahuaan tentang “Apakah matlamat temuduga” itu sendiri. Pada pandangan anda, apakah matlamat temuduga sebenarnya?

Temuduga diadakan adalah untuk memberi peluang kepada anda untuk lebih mengenali diri anda, personaliti anda dan menentukan samadda anda sesuai atau tidak untuk jawatan tersebut. kebanyakan calon sering berasa sukar untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang mereka ada dan kurang arif tentang teknik-teknik yang betul dam memohon pekerjaan dan menghadiri temuduga.

Read more…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.