Home > Tips PTD > Kesihatan dan PTD

Kesihatan dan PTD

Mungkin ada yang bertanya apa kaitan tajuk post kali dengan PTD? Biarlah saya nyatakan di sini, ramai diantara kita yang mengambil mudah soal kesihatan ini. Tahukah anda, Kejayaan dan juga kegagalan anda dalam semua ujian PTD ini adalah berkait rapat dengan faktor kesihatan anda. Tahap kesihatan anda dapat merubah keputusan yang “tidak mungkin” menjadi “mungkin”. Tidak hairanlah, pelajar yang cemerlang dalam pelajaran juga amat mengambil berat tentang kesihatannya. Mereka amat manjaga waktu tidur, makan minum,latihan fizikal dan apa sahaja agar kesihatan mereka berada dalam keadaan “TIP TOP” di hari peperiksaan kelak.

Mungkin ada yang berkata, “semasa saya belajar dulu, saya boleh belajar sampai pukul 3-4 pagi….tak mugkin saya tidak boleh buat perkara yang sama sekarang?”.


Untuk menjawab persoalan ini, suka saya nyatakan bahawa dengan pertambahan masa bermakna usia anda juga semaikn bertambah. Ini bermakna sistem badan anda juga turut berubah mengikut perubahan angka usia anda. Percayalah, otak anda pasti akan mengalami ‘gangguan’ semasa di dalam dewan peperiksaan kerana otak anda dipaksa bekerja lebih masa dari sepatutnya tanpa rehat dan saya yakin bahawa anda berada setapak menuju kagagalan.
Mengimbas kembali sewaktu saya terpilih untuk mengambil peperiksaan PTD dahulu, saya dapati ramai diantara calon lain hanya mampu tidur, menundukkan kepala ataupun keluar dewan tanpa menjawab semua soalan yang diberi. Dari riak wajah mereka, mereka kelihatan terlalu letih dan penat untuk meneruskan peperiksaan PTD yang berlangsung 1 hari suntuk (9am – 5pm). Amat menyedihkan, sekiranya anda gagal hanya disebabkan kesihatan anda tidak mengizinkan anda untuk meneruskan peperiksaan. Anda telah membuang banyak masa, tenaga, harapan dan peluang yang anda ada begitu sahaja.

Olah itu pengajaran yang anda dapat dari cerita di atas ialah anda mestilah sentiasa ‘fit’ dari segi fizikal, mental dan juga kesihatan kerana ketiga-tiga element ini amat penting dan berguna bukan saja semasa peperiksaan PTD dijalankan tetapi selepas anda berjaya menjawat jawatan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Minda yang cerdas bermula dari badan yang cergas

Take care😀

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: