Home > Umum > Oh PTD

Oh PTD

Hi Guys…

"Pegawai PTD"Ape kabar anda semua? Saya berharap anda semua berada didalam keadaan sihat dan ceria selalu. Saya berasa amat gembira kerana saya berjaya juga membuat blog khas untuk PTD ini. Memang telah lama saya hendak menulis blog khusus tentang PTD ini tetapi dengan kesibukan kerja dan kesuntukan masa, hasrat saya ini terpaksa saya tangguhkan beberapa kali. Dan akhirnya, pada tarikh 24 Fabruari 2010, sebuah blog khas telah berjaya dibina.

Apa itu PTD dan kenapa blog PTD ini dibina? Mungkin ada di antara anda yang bertanya soalan seperti itu, bukan. Baiklah, biar saya berikan jawapan yang mudah, PTD adalah singkatan daripada nama Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Mereka berkhidmat di pelbagai sektor awam dan agensi kerajaan. Mereka diklasifikasikan sebagai kumpulan profesional dan bertanggungjawab menentukan dasar-dasar negara. Dan kebiasaannya, jawatan mereka ini dicemburui oleh kumpulan yang lain atas beberapa faktor. Pendek kata, mereka ini adalah kumpulan elit di dalam semua sektor kerajaan.

Tujuan blog ini dibina adalah tidak lebih daripada untuk berkongsi segala maklumat, pengetahuan, tips, rahsia dan pelbagai kisah untuk manfaat kita bersama. Diharap blog ini dapat menyumbang sedikit kebaikan kepada anda dan kepada anda yang bercita-cita untuk mendapat jawatan PTD ini, saya ucapkan selamat berusaha tanpa kenal putus asa.

Rajin-rajinlah melawat blog saya ini kerana saya akan berkongsi sedikit demi sedikit rahsia PTD ini dengan anda dan mungkin ada pelbagai produk free yang akan saya berikan kepada anda sebagai ucapan terima kasih yang tidak terhingga..

Jumpa lagi…

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: