Home > Motivasi > “Saya boleh” atau “Saya Tidak Boleh”

“Saya boleh” atau “Saya Tidak Boleh”

Ini adalah pandangan peribadi saya bahawa setiap di antara kita memiliki dua perkataan yang boleh mempengaruhi pemikiran, perbuatan, percakapan dan tindakan kita seharian. Kita dapat melihat segala tindakan yang kita ambil adalah hasil daripada pengaruh salah satu daripada dua perkataan tersebut. Dua perkataan itu adalah “Saya Boleh” dan “Saya Tidak Boleh”

“Saya Boleh”– adalah simbol dari perkataan KEJAYAAN manakala “Saya Tidak Boleh”– adalah simbol KEGAGALAN. Dua penjelasan yang amat mudah untuk difahami oleh semua orang termasuk anda. Sebenarnya, anda yang menentukan samada untuk memilih kejayaan ataupun kegagalan. Sekiranya anda seorang yang optimis dan berfikiran positif dalam hidup, anda pasti akan memulakan hari anda dengan berkata pada diri sendiri bahawa “SAYA BOLEH!!”. Sekiranya anda lakukan perbuatan ini untuk beberapa hari, saya yakin bahawa anda akan lalui semua masalah yang anda hadapi dengan tenang dan berfikiran terbuka.

Terlalu banyak orang yang berjaya diluar sana yang boleh kita ambil sebagai contoh untuk berjaya seperti Ray Kroc, Fred Astaire, Walt Disney,Dick Clark, Tan sri Syed Mokhtar AlBukhary, Tan Sri Robert Kuok dan banyak lagi. Kebanyakan daripada mereka memulakan perjalanan kerjaya mereka dengan sentiasa berfikiran positif dan berkata pada diri sendiri–“Saya Boleh!!”.

Oleh itu, pendorong keyajaan sebenar anda adalah diri anda sendiri. Sekiranya suara hati anda mengatakan bahawa “Anda Boleh”, ini bermakna anda sebenarnya mempunyai kekuatan tertentu dan hanya suara hati anda sahaja yang tahu. Walaupun pada ahkirnya, keputusan yang anda perolehi adalah kegagalan, jangalah bersedih.
Cuba anda renungkan kata-kata mutiara dari Thomas Alva Edison (orang petama membuat lampu) yang telah gagal mencipta lampu sebanyak 9,999 kali dan kali ke 10,000 baru lampu itu menyala
“Saya tidak gagal. Saya hanya jumpa 10,000 cara baru untuk lampu itu tidak berfungsi”.

Daripada kata-kata Thomas Alva Edison itu, menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang sangat optimis dan positif dalam hidup. Sekiranya anda gagal dalam ujian mahupun peperiksaan, yakinlah bahawa anda tidak gagal tetapi anda tahu cara bagaimana kegagalan boleh berlaku.

Saya rasa sampai sini sahaja kata-kata motivasi yang dapat saya kongsikan dengan anda. Kepada yang gagal banyak kali dalam ujian PTD, jangan cepat putus asa dan cepat mengalah. Teruskan usaha anda sehingga berjaya.
Pssst: (Ini rahsia kita) Saya pun pernah gagal dalam peperiksaan PTD dan temuduga PTD, tetapi saya tidak pernah putus asa untuk terus mancuba sehingga berjaya…
Ceria selalu dan jumpa lagi😀

Categories: Motivasi Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: