Home > peperiksaan PTD, Tips PTD > Takde buku nak baca???

Takde buku nak baca???

Hi dan selamat berjumpa kembali.

Saya ucapkan tahniah sekiranya anda menerima surat pangilan dari pihak SPA untuk menduduki peperiksaan kemasukan PTD. Perasaan anda sudah tentu gembira, bukan? Itu sudah tentu, tetapi anda mungkin mula berasa gementar dan gelabah tentang soalan apa yang akan ditanya dalam peperiksaan nanti atau buku apakah yang paling sesuai untuk anda baca sebagai persediaan anda untuk menghadapi peperiksaan PTD itu.

Baiklah, pada post kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang buku apa yang saya baca dan gunakan sebagai rujukan untuk peperiksaan PTD dahulu dan mungkin saya akan listkan buku-buku yang sesuai (recommended) untuk anda baca.

Buku Utama: MALAYSIA KITA (360++ pages)

Buku ini memang mencatat record sebagai buku rujukan utama untuk peperiksaan am kerajaan (seperti peperiksaan PTD). Walaupun tiada bukti sahih semua isi kandungan buku ini akan keluar dalam peperiksaan tetapi buku ini membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan negara Malaysia bermula dari sejarah penempatan awal manusia di Tanah Semenanjung sehinggalah kepada dasar-dasar negara. Oleh itu, anda jangan terkejut dengan jumlah muka suratnya (lebih dari 360 pages) dan ia akan bertambah sekiranya ia diulang cetak kerana untuk memuatkan dasar-dasar negara yang baru (dasar yang terkini).

Bagi yang gemar membaca, saya cadangkan buku ini adalah yang terbaik buat anda untuk dijadikan rujukan. Bagi yang tiada masa untuk membaca buku yang tebal-tebal seperti buku MALAYSIA KITA, saya cadangkan anda lebihkan membaca bahagian sistem pentadbiran dan perundangan Malaysia. Ia mungkin dapat membantu anda. dan yang pasti banyakkan membaca surat khabar dan menonton berita.

Anda harus ingat, peperiksaan PTD mempunyai 5 Bahagian (A, B, C, D, E) yang perlu dijawab sehari suntuk dan buku MALAYSIA KITA ini hanya dapat membantu anda untuk menjawab Bahagian A PTD sahaja. Di bawah listkan buku atau bahan mungkin dapat membantu anda

List bahan rujukan yang lain:

  1. Sejarah (Ting 1-5) – untuk menjawab Bahagian A
  2. Pengajian AM (Ting 6) – untuk menjawab Bahagian A, B, C
  3. Matematik (Ting 1-5)- untuk menjawab Bahagian B
  4. Surat khabar – untuk menjawab Bahagian A

p/s: untuk berjaya, anda kena rajin membaca apa-apa juga buku yang berkaitan dengan Malaysia kerana tiada satu buku pun yang boleh dianggap sebagai buku teks untuk peperiksaan am kerajaan khusunya peperiksaan PTD ini.

Jumpa lagi

Selamat Berjaya ;D

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: