Home > Motivasi, Umum > Temuduga perlukan Kabel?

Temuduga perlukan Kabel?

Hai dan selamat sejahtera.

Betulkah kita perlukan kabel untuk berjaya semasa temuduga? Saya pasti, ramai di antara kita mengatakan YA! Adakah semakin besar kabel anda, semakin besarlah peluang anda untuk dipilih. Ramai juga dari kita akan menyatakan YA!

Ermmm….Sebenarnya, di dalam peringkat akhir iaitu sesi temuduga, tiada istilah Kabel besar mahupn kabel kecil. Jika anda terpilih selepas temuduga, ini membuktikan anda sememangnya layak untuk jawatan PTD walaupun anda tidak kenal seorang pun dari ahli panel penemuduga itu.

Percayalah pada diri sendiri. Jangan bergantung kepada kekuatan kabel anda kerana jika anda memang tidak layak untuk jawatan PTD ini tetapi dipaksa juga untuk menerimanya, sudah tentu jawatan anda itu tidak akan kekal lama untuk memegang jawatan ini kerana anda telah mengambil hak orang lain yang lebih berkelayakan dari anda. Ia adalah lumrah alam. Sistem karma pasti berlaku.

Sebelum saya akhiri perkongsian ini, mari kita renungkan mutiara kata ini “Manusia tetap akan mengetahui ia adalah mutiara walaupun ia dipalit dengan lumpur”, Anonymous. Jadilah seperti mutiara, kemana sahaja anda pergi lambat laun pasti orang lain akan mengetahui kebolehan anda.

Sampai jumpa lagi

๐Ÿ˜€

Categories: Motivasi, Umum Tags: ,
  1. March 3, 2010 at 4:01 am

    kabel besar mana pun kalau kabel utama iaitu Yang Pemberi Rezeki tak bagi, tak jadi jugak…hehehe

    • March 3, 2010 at 4:27 am

      Betul tu Saudara etomyam, 200% setuju..’kabel’ tu yang sering kita lupakan.๐Ÿ˜€

  2. March 3, 2010 at 4:39 am

    tapi biasenye interview juz untuk syrat.sedagkan dh ade list name yg dorg nk pakai…huhuhu

    • March 16, 2010 at 6:33 am

      ada betul jugak @atie cakap, sebab hari tu saya ada berjumpa dengan seseorang secara kebetulan di McD (tumpang duk sebelah sebab nak guna wifi je!!). Nak dijadikan cerita, borank punya borak…rupa-rupanya ‘dia’ baru dapat panggilan PTD di Putrajaya hasil dari kabel yang dia guna iaitu pakcik dia (pegawai PTD juga). Ini bermakna jika dalam 10 orang yang datang temuduga, mungkin tempat untuk 4-5 orang dah di ‘reserve’ oleh kabel mereka sendiri (kaum kerabat yang bekerja di dalam PTD itu juga)…

  3. March 3, 2010 at 5:17 am

    salam singgah,bab ni aku paling tak suka..guna kabel nak keje… betul bro etomyam punyer pendapat tu…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: