Home > peperiksaan PTD, Temuduga, Umum > Syarat Khusus PTD

Syarat Khusus PTD

Hai dan salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan, pada kali ini saya akan hantar artikel yang membincangkan syarat-syarat khusus yang membolehkan anda mendapat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini. Tujuan syarat khusus ini dibuat adalah untuk membezakan mereka yang benar-benar layak untuk mengisi jawatan PTD atau pun tidak. Sekiranya anda serius dalam memohon jawatan PTD ini, anda seharusnya tahu apa yang bakal anda lalui selepas sahaja anda mengisi borang jawatan PTD di laman web SPA.

Baiklah, sekarang kita akan membincangkan tentang syarat khusus PTD ini. Antara syarat khususnya adalah anda diwajibkan lulus dalam peperiksaan kemasukan PTD yang akan dibuat sehari suntuk. Peperiksaan ini akan dijalankan di suatu tempat yang bakal pihak SPA tentukan kelak. Kebiasaannya, peperiksaan in bermula dari pukul 9 pagi – 5 petang. Peperiksaan ini merangkumi 5 bahagian dan setiap bahagian akan menguji pengetahuan anda dalam bidang yang berbaza. Di bawah adalah penerangan secara ringkas dari apa yang saya cerita di atas:

  1. Bahagian A: Pengetahuan AM (berkaitan Malaysia)
  2. Bahagian B: Menyelesaikan Masalah (Matematik)
  3. Bahagian C: Pemahaman (BM dan BI)
  4. Bahagian D: Karangan BM
  5. Bahagian E: Karangan BI

Kebiasaannya, selepas peperiksaan PTD ini, lebih dari separuh calon akan tersingkir dan yang selebihnya akan dipanggil untuk saringan peringkat kedua iaitu PrePAC.

Pada peringkat kedua (PrePAC) ini, anda akan diuji tentang ketahanan fizikal, pengucapan awam, kemahiran berkomunikasi dan berdiplomasi. Setiap gerak geri anda akan dinilai oleh penilai tanpa anda sedari. Kebiasaannya, tempat yang dipilih adalah berdekatan dengan alamat yang telah anda tulis semasa pendaftaran di laman web SPA dahulu.

Sekiranya anda lulus pada peringkat PrePAC, anda akan dipanggil untuk ke peringkat terakhir iaitu peringkat temuduga. Pada peringkat ini, soalan yang akan ditanya kadangkala mencabar minda anda dan kadangkala hanya sacara santai. Anda harus bersedia dari segi mental. Penumuduga pula adalah dari orang kenamaan. Kebiasaannya mereka mempunyai title Dato’ atau pun Tan Sri. Ingat jangan tersalah panggil title penemuduga kerana perbuatan itu bakal menjejaskan peluang anda untuk terpilih.

Saya rasa cukup untuk penerangan syarat khusus PTD ini. Kita akan berjumpa lagi pada entri yang lain.

Jumpa lagi..

Sharing is CaringšŸ˜€

  1. March 3, 2010 at 3:34 am

    Pernah ambik exam PTD – lulus tapi tak lepas masa PAC. Siap kena joging bagai kat Intan Tganu.

  2. April 6, 2010 at 7:15 am

    Ketahanan fizikal pun penting jugak…hehehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: