Home > Umum > Pendapatan yang diburu

Pendapatan yang diburu

Hai dan salam sejahtera..

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada anda semua kerana kesibukan kerja dan masa yang agak menghimpit, membataskan pergerakan saya untuk meng’update’ blog ini. Agak lama saya tidak menulis di blog ini. Terasa rindu pulak untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua. Ok, pada kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang gaji atau dalam bahasa profesionalnya ialah pendapatan. Sesuai dengan tajuk di atas. Agak-agaknya lah, berapa pendapatan yang diperolehi oleh seseorang yang berjawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ni yea?

Haa..mungkin sudah ada yang menjawab (walaupun dalam hati) lebih kurang RM 2,000-RM 3,000. Jika anda memberi jawapan seperti itu, saya berikan anda 4 bintang setengah dari 5 bintang. Jawapan yang sebenar untuk pendapatan seorang Pegawai PTD adalah diantara RM 2,600 (minimun) – RM 6,000 (maksimum). Saya dah kata tadi, mesti sekarang ni ada yang terbeliak mata melihat angka-angka pendapatan Pegawai PTD ini, bukan?. Memang benar, ia adalah jumlah gaji sebenar untuk sebulan bagi pegawai PTD yang berjawatan PTD Gred M41 (jawatan paling rendah dalam sistem gred PTD).

Cuba anda bayangkan, untuk sistem Gred M (iaitu gred gaji PTD), mereka hanya ada 5 level atau aras gred M sebelum melangkah masuk ke jawatan JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Pada peringkat JUSA ini, gaji permulaan adalah sekitar RM 12,000 (minimum). Saya rasa untuk artikel kali ini biar saya bercerita berkenaan sistem gred gaji PTD sahaja. Kalau saya bercerita lebih-lebih sampai ke peringkat JUSA, takut nanti ada yang tak tertelan air liur pulak.πŸ˜€

Saya cuma ingin menyatakan di sini, dengan sistem gred gaji PTD tersebut, Tidak hairanlah bahawa jawatan PTD ini menjadi buruan oleh setiap lapisan masyarakat dan dicemburui oleh setiap agensi kerajaan yang lain. Hanya mereka yang benar-benar ‘genuine’ dilahirkan sebagai pemimpin dan mempunyai semangat kepimpinan mudah untuk kekal dalam jawatan yang penuh mencabar ini. Orang kata “The great power comes with the great responsibility”.

Baiklah, saya harap anda telah mendapat sedikit gambaran tentang sistem gred gaji PTD dan kenapa ia sentiasa diburu oleh pemburu-pemburu kerjaya dari dulu lagi.

Sampai jumpa lagi!

πŸ˜€

Categories: Umum Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: