Home > Kisah dan Teladan, Umum > Kisah dan Teladan

Kisah dan Teladan

Hai dan salam sejahtera…

Berjumpa lagi kita. Saya harap anda semua sihat hendaknya. Baru-baru ni saya telah pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia, PNM. Kepada sesiapa yang tidak tahu, bangunan ini terletak bersebelahan dengan bagunan Wisma Sejarah dan Hospital PUSRAWI. Ada yang masih tidak tahu dimana terletaknya Perpustakaan Negara? Baiklah, saya beri petunjuk yang lebih jelas lagi, bangunan Perpustakaan Negara bertentangan dengan bangunan Institut Jantung Negara, IJN. Haa..baru ada yang tepuk dahi.

Tak mengapa, sebenarnya bukan lokasi PNM ini yang saya nak bincangkan dengan anda tetapi saya ingin berkongsi sebuah buku yang saya baca di PNM hari tu. Di dalam buku tersebut, ada sebuah bahagian yang menarik pandangan dan perhatian saya iaitu “kisah dan teladan” yang terdapat di dalam buku tersebut. Anda mesti nak tahu apa ‘kisah dan teladan’ yang menarik perhatian saya tu kan? Baiklah, anda teruskan membaca sehingga habis..

Pn.Azlina Hamdan (bukan nama sebenar) adalah graduan dari Universiti Malaya dengan memiliki ijazah Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2002. Dalam temu bual dengan sebuah akhbar tempatan, dia menyatakan kesukaran mendapatkan pekerjaan. Katanya “Kerajaan mengumunkan, terdapat 30,000 kekosongan bagi graduan di dalam perkhidmatan awam tetapi sukar hendak memasukinya. Kami perlu melalui tiga peringkat tapisan iaitu peperiksaan, penilaian dan temu duga.” Sambungnya lagi, “Saya sudah mengambil peperiksaan kemasukan sebanyak 10 kali tetapi gagal.” Pengajaran daripada kisah ini adalah kita perlu bersedia sebelum menduduki peperiksaan-peperiksaan ini.

Itulah kisah dan teladan yang membuat mata saya terpaku untuk meberapa minit lamanya. Apa 10 kali? Banyaknya!! Agak-agaknya berapa lama (tahun) agaknya dia mencuba untuk jawatan idaman nya itu. Dari pandangan positif, Pn Azlina Hamdan adalah seorang yang sangat tabah dan tidak pernah mengenal putus asa. Beliau mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan jawatan tersebut. Sesuatu tabiat yang harus dikekalkan untuk terus berjaya. Tetapi apakah iktibar yang kita dapat dari cerita di atas? Persediaan. Ya PERSEDIAAN adalah sangat penting sebelum melakukan sesuatu. Kita harus ingat tanpa persediaan yang rapi dan sempurna, semuanya (masa, tenaga, wang riinggit) akan menjadi sia-sia sahaja.

Pada pendapat saya, Pn.Azlina Hamdan seharusnya sudah dapat menduga apakah kesilapan yang sama beliau lakukan berulang-kali sehingga terpaksa mencuba sebanyak 10 kali? Sekiranya Pn Azlina Hamdan melakukan ‘post-mortem’ selepas 2 atau 3 kali percubaan beliau, saya pasti beliau akan mendapat yang lebih baik selepas itu.

Oh, untuk bertindak adil, biar saya dedahkan dari mana saya dapat artikel ‘kisah dan teladan’ tersebut? Kisah di atas saya ambil dari buku “kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomati” yang di tulis oleh Salehuddin Md. Dahlan, terbitan PTS Profeessional. Saya galakkan anda baca buku tersebut kerana di dalam buku tersebut terdapat banyak perkara baru akan anda perolehi dan yang lebih penting anda akan memahami dan menjiwai kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik..

Sampai jumpa lagi

😀

Categories: Kisah dan Teladan, Umum Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: