Home > Temuduga > Apakah matlamat temu duga?

Apakah matlamat temu duga?

Hai dan selamat sejahtera…

Sering kali kita pasti mengeluh sebelum temuduga di adakan. Keluhan itu kadang-kala datang dari perasaan gemuruh, takut, cemas, panik dan lain lagi. Ada juga yang beranggapan sesi temuduga diadakan semata-mata untuk memenuhi krateria (betul ke saya eja nie) pengambilan kerja, tetapi sebenarnya mereka (penemuduga) telah pun ada senarai calon yang mereka mahu. Ermm…saya sendiri pun susah nak komen dan meng’iya’kan ataupun menidakkan. Yang pasti setiap dari kita mempunyai penilaian kita sendiri.

Sebenarnya, di sini, saya bukannya hendak membincangkan perspektif, pandangan mahupun sikap penemuduga tetapi saya mahu berkongsi pengetahuaan tentang “Apakah matlamat temuduga” itu sendiri. Pada pandangan anda, apakah matlamat temuduga sebenarnya?

Temuduga diadakan adalah untuk memberi peluang kepada anda untuk lebih mengenali diri anda, personaliti anda dan menentukan samadda anda sesuai atau tidak untuk jawatan tersebut. kebanyakan calon sering berasa sukar untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang mereka ada dan kurang arif tentang teknik-teknik yang betul dam memohon pekerjaan dan menghadiri temuduga.

Jika ditanya kepada pemohon-penohon kerja ini. Bahagian temuduga lah yang paling digeruni, kebanyakan mereka akan mengatakan kebimbangan mereka ketika menjawab soalan penemu duga. Kebanyakan mereka bertambah bimbang apabila mengetahui bahawa syarikat yang memanggil temuduga berkemungkinan besar akan berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Banyak kes yang berlaku, calon akan terus gugup apabila ditanya dalam bahasa Inggeris. Hal ini menjejaskan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan walaupun mereka layak dari segi aspek kelayakan akademik.

Apakah yang harus anda lakukan?

Pertama, anda harus membuat sedikit persediaan dengan menjangkakan soalan yang akan ditanya oleh penemuduga

Kedua, anda digalakkan berlatih dengan melakonkan sesi temuduga yang bakal ditempuhi. Jika boleh, mintalah keluarga atau rakan anda membantu. Hal ini sedikt sebanyak dapat mengurangkan kegugupan anda ketika ditemu duga. Ingat! penemuduga juga dapat mengesan jika anda tidak membuat persedian.

Ketiga, anda berlatih dengan melakonkan sesi temuduga dalam bahasa Inggeris pula. Dengar setiap perkataan bahasa Inggeris yang anda pertuturkan. mintalah keluarga atau rakan membetulakan sebutan anda jika salah. Keyakinan akan bertambah jika anda banyak berlatih. Jangan takut untuk menjawab dalam bahasa Inggeris walaupun anda kurang fasih dalam bahasa itu. Jangan terlalu bimbiang akan kesalahan tatabahasa. Sesetengah penemuduga hanya ingin menguji samada anda berani menjawab dalam bahasa inggeris atau tidak.

Sampai di sini sahaja perkongsian kita yea

Jumpa lagi😀

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: