Home > peperiksaan PTD, Tips PTD, Umum > Internet, Majalah, TV dan Surat Khabar?

Internet, Majalah, TV dan Surat Khabar?

Hai dan salam sejahtera..

Selamat berjumpa sekali lagi. Saya berharap anda berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang topik – internet, majalah, tv dan surat khabar?

Ada apa dengan – internet, majalah, radio, tv dan surat khabar?. Kelima-lima medium tersebut sangat berpengaruh dan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tahukah anda dengan mengunakan medium tersebut dengan betul, ia bakal memberi kesan kepada keputusan peperiksaan seseorang?

Ya, keputusan anda sangat berkait rapat dengan “cara anda menggunakan media massa” tersebut. Dalam konteks anda yang akan menghadapi peperiksaan PTD, media massa ibarat rakan karib anda sekarang. Dengan media massa, anda akan mengetahui apa yang berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku di Malaysia. Kenapa Malaysia? Ya, anda mesti tahu apa yang berlaku di Malaysia kerana kebanyakan soalan yang akan ditanya di dalam peperiksaan PTD kelak adalah berkait rapat dengan negara Malaysia.

Tatapi, antara media massa di atas, yang mana harus saya beri keutamaan?

Persoalan tersebut mesti sering mengganggu fikiran anda, bukan? Baiklah, biar saya berikan sedikit panduan untuk membuat penilaian sendiri.

Television (tv) – Sentiasa memberikan maklumat terkini terutama berkaitan dengan berita di Malaysia (updated news). Rancangan kegemaran anda (WAJIB) – Berita Utama, Bulitin 1:30 dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan berita.
Radio – Jadikan radio yang ada menyelitkan berita terkini dalam semua siarannya sebagai contoh Radio Bernama 24. Jangan jadikan radio yang hanya menyediakan lagu-lagu dan gosip artis semata-mata seperti radio……(anda sendiri tahu!)😀
Surat Khabar – Menyediakan laporan penuh untuk segala berita samada dalam atau luar negara. Lebihkan membaca ruangan berita Nasional, Luar Negara dan sukan.
Majalah – Agar sukar untuk mencari majalah yang menyediakan maklumat terkini tentang Malaysia kerana ada majalah yang dikeluarkan (2 minggu sekali dan ada 1 bulan sekali). Mungkin anda boleh baca majalah yang berilmiah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa dan Ekonomi.
Internet – Maaf saya katakan, anda haruslah menjauhkan diri buat seketika dari membaca blog yang bersifat kepartian atau politik sesebuah parti. Saya galakkan anda lawati blog-blog yang membincangkan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan Malaysia. Carilah blog yang sentiasa dikemaskini “updated blog” agar anda mendapat maklumat yang terkini dengan cepat. Secara tidak langsung ia dapat menambah pengetahuan anda.

Jadi terserah kepada anda untuk membuat pilihan mana yang terbaik dan selesa untuk anda mendapatkan maklumat. secara AM nya, penggunaan media massa dengan betul dapat membantu anda dalam menjawab peperiksaan bahagian A (Pengetahuan AM) dan bahagian D dan E (Karanagn Bm dan BI) semasa peperiksaan PTD kelak.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya bersama anda. Saya hargai segala perkongsian, pendapat, komen, nasihat dan panduan yang anda berikan. Saya berharap kita dapat berjumpa lagi pada artikel yang lain.

Bye😀

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: