Home > peperiksaan PTD, Tips PTD, Umum > 5 Hari Lagi

5 Hari Lagi

Hai dan salam sejahtera

Selamat bertemu kembali. Maaf yea. agak lama saya tidak menghantar post terbaru di dalm blog ini untuk anda baca. Saya sebenarnya agak sibuk 1 – 2 minggu nie. Maklumlah, selain dihimpit dengan beban tugas yang banyak, saya juga dengan sukarela menjadi ‘GURU’ kepada adik saya untuk mengajar pelbagai tips-tips dan cara mudah supaya dia LULUS di dalam Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. HORREY...Adik saya pun dapat panggilan dari SPA. Oh ya, saya yakin anda pasti juga mendapat surat panggilan dari pihak SPA bukan?

Untuk pengetahuan anda bermula pada tahun 2010, semua jawatan yang anda mohon dengan menggunakan kouta ijazah dan keatas akan di kumpul dan dikenali sebagai  Perkhidmatan Awam Gred 41. Tidak kira samada anda memohon Pegawai PTD, Penguasa kastam, Akauntan, Jurubahasa, Pustakawan ataupun Pegawai antidadah, anda akan dikenali di bawah skim  Perkhidmatan Awam Gred 41. Terdapat pembaharuan yang dibuat oleh Pihak SPA didalam peperiksaan nanti iaitu terdapat dua ujian tambahan: Sahsiah Diri (200 soalan) dan Minat (227 soalan). Kepada mereka yang pernah terlibat secara aktif dalam bidang kaunseling seperti saya, soalan tambahan seperti Sahsiah Diri dan Minat adalah kelebihan buat anda. Gunakan kelebihan anda itu!…😀

Oh ya, seperti yang saya nyatakan di atas, buat masa ni saya telah menjadi ‘GURU’ secara sukarela kepada adik saya. Saya akan ajarkan segala rahsia dan tips-tips berkesan agar dia juga BERJAYA dalam peperiksaan Perkhidmatan Awam Gred 41 nanti. Lagipun hanya tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum peperiksaan bermula. Seharusnya, dia (adik saya), anda atau sesiapa sahaja  buat masa sekarang tengah sibuk melakukan ulangkaji dan bukannya masih lagi membaca buku yang tebal-tebal. Tiada masa untuk itu semua!. Untuk berlaku adil kepada anda kerana sudi melawat blog saya, di sini saya akan berikan tips yang mudah untuk anda ikuti. Oleh kerana anda hanya ada 5 hari sahaja lagi, berikut adalah tips yang boleh membantu anda:

  1. Menjaga kesihatan (cukup tidur, makan pada waktu, bersenam)
  2. Banyakkan baca surat Khabar (lebihkan membaca isu-isu yang berkaitan dengan Malaysia!)
  3. Jangan miss tengok siaran kegemaran anda iaitu BERITA!!!
  4. Jangan tinggal SOLAT!!!! (ni kabel paling KUAT tau, tapi kebanyakan dari kita lupa kepada kabel ni)

Saya rasa itu sahaja tips dan panduan untuk anda pada hari ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana anda sudi melawat blog saya ini dan saya ucapkan semoga anda berjaya menempuh peperiksaan khas kelak..

Sampai jumpa lagi..😀

p/s: kepada sesiapa yang mahukan soalan-soalan format PTD, sila berikan komen atau PM saya kerana saya tengah menyiapkan suatu produk yang mengandungi pelbagai soalan klon PTD beserta jawapannya sekali (sebagai salah satu usaha saya untuk membantu anda)….hehehe. Saya beri jaminan, anda pasti terkebil-kebil untuk menjawab soalan yang saya sediakan ni. Apa yang anda wajib tahu tentang produk saya ini adalah ia nya PERCUMA!. Ya, ia PERCUMA untuk anda sebagai penghargaan kepada anda kerana sudi melawat blog saya ini dan kepada yang mahu sahaja.

  1. shahir
    April 5, 2010 at 10:36 am

    salam..
    sy berminat utk mendapatkan set soalan2 exam PTD..

    • April 6, 2010 at 5:46 am

      W’salam..
      Kepada encik shahir, saya telah pun menghantar link soalan2 sample exam ptd ke email encik ( syisyas@yahoo.com ). Semoga ia dapat membantu encik dengan usaha saya yang tidak seberapa ini. Untuk soalan yang lengkap, ia masih lagi dalam proses..95% hampir siap. Jika encik berminat, saya atau kawan saya akan email encik semula jika ia telah siap sepenuhnya..Semoga encik berjaya dalam peperiksaan nanti😀

  2. Mohd Razi Othman
    April 5, 2010 at 2:55 pm

    Tuan,
    Saya ni dah status super senior, 40+, tapi memandangkan SPA dah panggil why not i cuba, mana tau ada rezeki joint govt service, lagipun kerjaya sektor swasta tak stabil, terlalu banyak ups & downs and i’m in the down swing now.

    Wonder if you could give me tips to better prepare for the exam.

    TQ & Wasalam
    Mohd Razi Othman

    • April 6, 2010 at 6:06 am

      @Encik Mohd Razi Othman:
      Saya pun mengesyorkan kapada encik mohd razi supaya pergi peperiksaan itu nanti. Masa saya exam dahulu, terdapat juga calon2 yang sudah berusia datang amik exam. Walau pun calon itu dah berusia, tetapi saya tetap hormat kepada mereka kerana mereka kaya dengan pengalaman hidup dan kerjaya. Selagi umor kita belom sampai tahap pencen, kerajaan tetap akan panggil duduk ujian. Saya setuju dengan pendapat encik, mereka yang ingin berkhidmat dengan kerajaan adalah kerana ‘secure & survival’ termasuk juga saya…hehehe😀

      Tips yang boleh saya berikan adalah encik ialah banyakkan membaca surat khabar. Kalau boleh 4 minggu sebelum minggu ini. Encik baca semua cerita yang berkaitan dengan isu-isu nasional (isu Malaysia) dan juga isu-isu hangat (elakan isu politik, hiburan, gosip dan lain2). Tips ini adalah untuk digunakan pada masa-masa kecederaan sahaja sebab dah tak banyak masa dah (4 hari je lagi…).

      Selain itu encik boleh refresh semula soalan2 yang berkaitan dengan Malaysia pada link yang saya hantarkan kepada email encik…

      Semoga berjaya…😀

  3. lina
    April 7, 2010 at 9:29 am

    salam..saya juga berminat…t/k

  4. zul
    April 7, 2010 at 10:21 am

    salam..tuan.
    saya pun berminat nak dapatkan cth set2 soalan spot exam ptd.
    bley..

  5. suria
    April 7, 2010 at 1:39 pm

    salam
    saya berminat mendapatkan set soalan2 ptd. 10 april ni sy ade peperiksaan ptd tp sy hanya ade masa sehari sj utk prepare.

  6. noorul
    April 7, 2010 at 7:29 pm

    salam.. kalo saya berminat untuk mengetahui serba sedikit soalan2 yg berkaitan bley x??

  7. haziq
    April 7, 2010 at 9:14 pm

    salam..tolong bg sample soalan.sy 1st time attend ptd exam.trima kasih

    • April 8, 2010 at 3:13 am

      kepada saudara dan saudari: @haziq, @noorul, @suria, @zul dan @lina….sila check email anda kerana link telah pun dihantar…selamat maju jaya..chayok2 (bahasa korea: semoga berjaya)…😀

  8. mazwila
    April 8, 2010 at 2:26 pm

    salam….terharu nyer dengar ada org nak bagi sample question secara percuma…klu boleh forwardkan lah jugak contah soalan tu kepada saya…kritikal dah ni, nak cr contoh soalan…terima kasih bebayak…

    • April 9, 2010 at 3:02 am

      Kpd @mazwila: Saya dah hantar link yang anda mahukan. Sy berharap anda jangan terlalu tertekan walaupun hanya tinggal 1 hari je lagi…Soalan yang saya buat hanya mengandungi 20 soalan sample sahaja. Sebenarnya sy dan rakan saya dalam proses menyediakan lebih banyak soalan beformat PTD (lebih kurang 700 soalan). walau macam mana pun anda boleh gunakan soalan sample ini sebagai penanda aras kemampuan anda untuk menduduki peperiksaan PTD esok. Semoga berjaya yea. Keep focus!!😀

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: