Home > Motivasi, peperiksaan PTD, Tips PTD, Umum > Countdown time!

Countdown time!

Hai dan selamat sejahtera.

Cuma tinggal 1 hari sahaja lagi. Apa yang boleh saya katakan hanyalah ucapan “Semoga Berjaya” kepada calon-calon yang akan meduduki Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 pada esok hari. Esok adalah hari yang bersejarah pada diri anda kerana ia akan menentukan samada

  1. Anda LULUS atau GAGAL dalam pepreriksaan
  2. Segala usaha anda selama ini berbaloi ataupun tidak
  3. Anda berjaya menjadi pegawai kerajaan ataupun tidak

Pada malam ini pasti ada yang tidak dapat tidur lena memikirkan exam pada hari esok…hehe. Kepada mereka yang telah berusaha sebaik mungkin, saya ucapkan semoga kejayaan milik anda dan kepada yang berusaha ala kadar, anda seharusnya tahu apa yang patut anda buat untuk masa-masa kecederaan seperti ini.

Tak sabar rasanya nak lihat calon-calon pegawai baru kerajaan nanti๐Ÿ˜€ . Cuma di sini, saya ingin berpesan, sekiranya anda tidak berjaya dalam peperiksaan pada kali ini, anda seharusnya tidak berasa kecewa dan sedih. Pihak SPA akan memanggil anda semula untuk menduduki peperiksaan pegawai kerajaan tersebut pada waktu yang lain. Inilah yang berlaku kepada ramai rakan-rakan saya. Ramai di antara mereka GAGAL pada kali pertama (sebab tidak buat persediaan yang mencukupi) tetapi BERYAJA dalam exam dalam kali kedua.

Anda pasti nak tahu apa yang mereka lakukan setelah mereka GAGAL pada kali pertama bukan?. Kebanyakan mereka melakukan POST-MORTEM (betul aku eja nie..๐Ÿ˜€ ). Melalui post-mortem itu, mereka dapat mengenal pasti segala kekurangan, kelemahan dan kesalahan yang telah mereka lakukan. Bermula dari situ, mereka perbaikinya sedikit demi sedikit supaya mereka tidak ulangi kesilapan yang sama. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka LULUS dengan bergaya sekali pada exam untuk kali kedua…

Oklah, saya tak nak celoteh panjang-panjang sebab semua tengah sibuk buat persediaan untuk kali terakhir.

Anyways, GOOD LUCCK to all u guys.

Jumpa lagi๐Ÿ˜€

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: